Apa Kami Buat

Pembangunan & Pemantauan Kandungan Portal / Web

Membangun laman web mengikut kehendak dan keperluan pelanggan samada berkonsepkan laman dinamik mahupun statik. Dibangunkan menggunakan bahasa asas HTML dibantu dengan bahasa pengaturcaraan seperti PHP, ASP, ASP.NET, JSP, PERL dan sebagainya.

Membangun aplikasi web seperti intranet untuk kegunaan pelanggan. Ataupun, membangunkan aplikasi tambahan untuk dimasukkan dalam laman web sediada. Pun begitu, aplikasi FMBL (facebook) yang menjadi permintaan ramai dikala ini.

Antara aplikasi yang boleh dibangunkan seperti berikut :

  1. Gerbang Pembayaran Atas Talian
  2. Katalog
  3. Sistem Tempahan Atas Talian
  4. Podcast
  5. Sistem Aduan
  6. Lain-lain lagi